LANGKAH-LANGKAH MEMBUNGKUS TEPAK SIRIH BENTUK BURUNG (REMBAU )
LANGKAH-LANGKAH MEMBUNGKUS TEPAK SIRIH BENTUK BURUNG (REMBAU )
|
Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan
seperti tepak sirih kayu, lima buah cembul berisi peralatan menyirih iaitu
pinang, kapur, gambir dan bunga cengkih, sirih dan kacip pinang. Kain batik
panjang, dua helai kain segi empat berukuran 30 inci x30 inci yang berlainan warna. |
|
|
Bentangkan tiga helai kain. Lapisan pertama
menggunakan kain segi empat tepat berukuran 30 inci x 30 inci. Lapisan kedua
yang berukuran sama cuma berbeza
warna. Lapisan ketiga kain batik lepas yang dilipat satu pertiga supaya tidak
terlalu panjang. |
|
|
Kain lapisan pertama dibentang dan
diletakkan tepak kayu pada bahagian tengah kain. Kemudian ambil penjuru kain
dan dilipat pada bahagian tengah kain. Pastikan kedudukan tepak kayu
seimbang. |
|
|
Selepas dilipat pada bahagian tengah,
diikuti dengan lipatan kain bahagian kiri dan kanan kain. |
|
|
Pastikan lipatan kiri dan kanan kain
seimbang. |
|
|
Lebihan kain bahagian hujung dilipatkan pada
bahagian tengah dan kemaskan lipatan kain pada bahagian dalam. |
|
|
Mengulangi langkah yang sama dalam membungkus tepak sirih di atas dengan menggunakan kain
lapisan kedua untuk membungkus tepak sirih. |
|
|
Lapisan kain yang ketiga menggunakan kain
batik untuk membungkus tepak sirih. Perlu pastikan kepala tepak yang
mempunyai sirih selari dengan kepala burung dan lipatan kain dibuat secara
teliti supaya tepak berbalut bentuk burung ini nampak kemas. |
|
|
Kain batik dilipat sebelah dahulu dan
diikuti dengan lipatan yang sebelah lagi, pastikan bahagian kain batik
dibahagi dua supaya nampak seimbang lipatannya. |
|
|
Bahagian hujung kepala tepak dilipat kemas
dan akan dibentuk sebagai kepala burung. |
|
|
Lebihan kain batik ditarik ke hadapan tepak
membalut kepala burung dan dibawa ke belakang dan diselit pada bahagian
belakang untuk dibentuk menjadi ekor burung. |
|
|
Tepak sirih berbungkus kain batik berbentuk
burung telah dapat dihasilkan dengan kemas dan teliti. |
|
|
Tepak yang telah siap dibungkus akan dibawa oleh orang semenda lelaki semasa
adat istiadat berlangsung. Cara membawa tepak ialah dengan mengepit tepak di
celah ketiak kanan. Tepak tidak boleh
dijinjing begitu sahaja. |
|













Comments
Post a Comment