LANGKAH-LANGKAH MENYIRIH
Daripada temu bual dengan Puan Zainab binti
Jamil, Ibu soko Selemak Pahang, beliau menyatakan terdapat dua cara menyirih
iaitu sirih piak jantan untuk Dato’ Lembaga atau Buapak dan menyirih piak
betina untuk isteri Cik Puan yang hadir pada majlis adat istiadat tersebut.
|
Untuk menyirih sebaiknya pilih daun sirih bertemu urat. |
|
|
Sapukan kapur makan sebanyak tiga calitan atas daun sirih yang telah
dilipat dua. Kedudukan daun sireh yang licin di bahagian luar. |
|
|
Lipatan daun sireh dalam kedudukan menyerong untuk menjadikan corong
sirih. |
|
|
Daun sirih dilipat kali kedua untuk menghasilkan corong untuk
diletakkan pinang, gambir dan bunga cengkih. |
|
|
Lebihan lipatan daun sirih dimasukkan dalam corong daun sirih. |
|
|
Selepas corong sirih siap dilipat, masukkan ramuan sirih yang lain
seperti, pinang, gambir dan bunga cengkih. Piak sirih telah siap untuk
dimakan. |
|
LANGKAH MENYIRIH PIAK SIRIH
BETINA (PEREMPUAN)
|
Sediakan sirih bertemu urat, dimulakan dengan menyapu tiga calit
kapur sirih atas daun sirih. |
|
|
Kemudian diletakkan potongan pinang,
gambir dan bunga cengkih atas daun sirih. |
|
|
Daun sirih yang telah berisi ramuan sirih
dilipat dua. |
|
|
Selepas dilipat dua, daun sirih dilipat lagi
dengan cara memanjang pula. |
|
|
Dauh sirih dilipat supaya bertemu dan hujung
daun sirih dilipatkan ke dalam. |
|
|
Piak sirih betina telah siap dilipat. |
|












Comments
Post a Comment