LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TEPAK BERBALUT PENGHULU LUAK TANAH MENGANDUNG

 

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TEPAK BERBALUT PENGHULU LUAK TANAH MENGANDUNG

 

Setiap daerah atau luak mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan tepak sireh berbalut dengan kain songket. Melalui kajian lapangan, didapati untuk menjemput Dato’ Penghulu Luak Tanah Mengandung, tepak sirihnya mempunyai cara lipatan yang tersendiri. Kedudukan lipatan kain songket, penghujung kainnya terletak di sisi tepak sebelah kanan. Apabila tepak disorong, penghujung kain akan ditarik dan memudahkan proses untuk membuka tepak tersebut. Berikut diperincikan langkah-langkah membalut tepak sirih mengikut daerah Luak  Ulu Muar.

 

 

Sediakan tepak sirih bertekat sulam benang emas.

 

Sila pastikan peralatan sirih seperti cembul mencukupi sebanyak lima jenis terdiri daripada pinang, kapur, gambir, cengkih, tembakau, dan sirih.

 

 

 

Bentang kain songket berwarna merah dan letakkan tepak sirih pada bahagian tengah, pastikan kedudukan tepak menyerong.

 

Ambil satu sudut kain songket sebelah kanan dan dilipatkan pada bahagian atas tepak.

 

 

 

 

 

 

Ambil satu lagi bahagian sudut kain songket sebelah kiri dan dilipatkan pada bahagian atas tepak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemudian dilipatkan bahagian hujung kain songket pada bahagian atas tepak. Lebihan kain songket dilipat pada bahagian dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

Lipat lebihan kain songket pada bahagian dalam dan pastikan lipatan yang kemas.

 

 

 

 

 

 

Bahagian lebihan kain sebelah kanan

dilipatkan pada bahagian atas tepak. Pastikan lipatan kain songket menyerong kedudukannya, besar di bawah dan kecil di atas seperti bebentuk ‘V’.

 

 

 

 

 

 

 

 

Lebihan kain songket diselitkan ke dalam lipatan kain dan bahagian hujung kain dikeluarkan untuk memudahkan tepak dibuka.

 

 

 

 

 

Semasa menyorong tepak sirih kepada orang yang diraikan pastikan dilaksanakan dengan kemas dan tertib. Perlu menghulurkan bahagian lebihan kain kepada tetamu yang diraikan. Tetamu yang diraikan akan menarik hujung lebihan kain untuk membuka tepak sirih.

                                    

 

 

 

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TEPAK SIRIH BERBALUT SONGKET KUNING UNTUK YTM UNDANG DAN DYMM YANG DI- PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

 

 

Sediakan tepak yang berwarna kuning bertekat benang emas.

 

Pastikan tepak telah disediakan peralatan sireh yang diisi dalam cembul.

 

 

 

 

Tepak sirih diletakkan pada bahagian tengah kain songket. Ambil penjuru kain dan dilipatkan pada bahagian tengah.

 

 

 

Lipatkan  bahagian  tengah hujung kain songket  pada bahagian atas tepak.

 

 

 

Kemudian ambil bahagian hujung  kain songket  sebelah kiri dan kanan dilipatkan pada bahagian tengah tepak sirih. Pastikan kedudukan kain songket seimbang.

 

 

 

 

 

Kemudian lipatkan  bahagian hujung hadapan kain songket pada bahagian atas tepak sirih. Pastikan kain songket dilipat kemas.

 

 

 

 

 

Lebihan kain songket diselitkan ke dalam lipatan kain pada bahagian tengah. Pastikan bahagian hujung kain  dikeluarkan sedikit untuk memudahkan tepak dibuka.

 

 

 

 

 

 

Tepak sirih telah siap dibungkus. Semasa menyorong tepak sirih kepada DYMM  dan YTM Undang pastikan dilaksanakan dengan kemas dan tertib. Kedudukan tepak sirih ketika menyorong harus menghadap bahagian hadapan lebihan kain. Ini adalah untuk memudahkan lebihan kain ditarik untuk membuka tepak sirih.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUJAM

LANGKAH - LANGKAH MENYEDIAKAN SAMPAIAN SILANG GUNTING RUNCING