LANGKAH - LANGKAH PENYEDIAAN BOKO PENGANAN
LANGKAH - LANGKAH PENYEDIAAN BOKO PENGANAN
|
Sediakan peralatan yang diperluan seperti
daun mengkuang, pinggan, kain untuk membalut dan penganan atau wajik |
|
|
Daun mengkuang, dilayur untuk memudahkan
proses membentuk. |
|
|
Bahagian tepi duri mengkuang dibuang |
|
|
Daun mengkuang ini digulung dan dibentuk
bulat. Bahagian hujung daun mengkuang dicantum menggunakan lidi. |
|
|
Bentuk mengkuang yang dibentuk bulat
dikenali dengan panggilan “lokar”. Lokar
diletakkan di dalam piring makan dan dilapikkan dengan daun pisang. |
|
|
Peganan yang masih panas dituangkan kedalam
lokar tersebut. Lebihan daun pisang digunting supaya boko kelihatan kemas. |
|
|
Setelah penganan tersebut sejuk, boleh dibungkus
dengan sehelai kain yang diikat secara berkucung. |
|
|
Boko telah siap disediakan menggunakan
ikatan tindih kasih dan boleh dibawa dalam majlis istiadat yang dilaksanakan. |
|
Akibat perubahan masa dan
zaman, penyediaan boko menggunakan daun mengkuang tidak lagi diamalkan. Untuk
mencari daun mengkuang agak sukar pada hari ini. Masyarakat Adat Perpatih telah
menggantikan daun mengkuang dengan penggunaan bekas plastik microwave. Walaupun berlaku perubahan
bahan dalam penyediaan boko ini, konsep dan falsafah yang tersirat pada
dasarnya masih sama iaitu untuk memuliakan seseorang dan melambangkan semangat
menghormati yang tua. Semangat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan
silatulrahim sesama ahli dalam suku tersebut. Perbilangan adat di bawah jelas
menggambarkan semangat sikap menghormati yang tua;
Sehalaman
sepermainan
Seperigi
sepermandian
Sejamban
setepian
Yang tua dimuliakan
Yang muda
dikasihi
Sama besar
hormat-menghormati
Dalam khabar
baik memberitahu
Dalam khabar
buruk berhamburan
( Mohd Rosli Saludin 2009 : 190)









Comments
Post a Comment