LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUNGA TELOR

 

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUNGA TELOR.

 

Sediakan peralatan yang diperlukan untuk membuat bunga telor seperti kertas bunga mengikut pilihan warna, telor yang telah siap direbus, gam, gunting, pelilit bunga, lidi, dawai dan benang.

 

 

Pelbagai teknik menghasilkan bunga telor boleh dibuat. Antara teknik tradisi membuat bunga telor yang sering digunakan ialah bunga pintalan, bunga ros berkelopak, anggerik, dan bunga dahlia.

 

 

 

Setelah kelopak bunga telor siap dibentuk, perlu disediakan tampuk terung untuk dilekatkan telor pada penghujung tampuk tersebut.

 

 

 

 

Bunga dan kelopak tampuk terung dan beberapa helai daun diletakkan pada sebilah lidi buluh. Setelah itu cantuman bunga ini perlu diperkemaskan dengan kertas pelilit berwarna hijau. Telor ayam yang telah direbus dilekatkan pada tampuk terung tadi. Bunga telor telah siap untuk dipacakkan pada batang pisang.

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN PANCO DAN PEMASANGAN BUNGA TELOR.

 

Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan iaitu panco daripada kayu, kertas warna, bilah buluh, bunga telor yang sudah siap digubah, dawai dan pulut kuning yang telah siap dikukus.

 

 

 

Panco dihiaskan dengan kertas bunga dan dipasangkan kain beropol pada bahagian bawah panco. Setelah itu batang pisang dipasang pada bahagian tengah panco dengan mencucuk bilah buluh pada batang pisang dan diikat dengan dawai supaya kedudukan batang pisang tersebut kukuh dan stabil.

[Photo]

 

 

Pulut kuning yang telah siap dikukus kemudiannya dimasukkan dalam panco kayu yang disediakan.

 

 

 

 

 

 

 

Batang pisang dibalut dengan kertas warna yang dipotong dalam juntaian rambu-ramba dan dilekatkan dengam gum.

 

 

Lebihan pulut kuning dimasukkan kedalam plastik dan dibentuk dalam ketulan kecil dan akan disusun pada bahagian tapak panco setelah bunga telor siap dipasang.

 

 

 

Bunga telor yang telah siap digubah dipacak pada bahagian puncak batang pisang. Bunga tengah ini dikenali sebagai “ligota” yang terdiri daripada beberapa kuntum bunga tanpa telor.  Bunga telor yang lain perlu dicucuk dengan teliti dan kemas supaya kedudukan bunga telor seimbang. Perlukan kepakaran dalam menyusun bunga telor tersebut.

 

 

 

 

Bunga telor disusun secara bersilang hingga pada bahagian pangkal panco dan pastikan kedudukan bunga seimbang.

 

 

 

Lebihan pulut kemudianya disusun bawah tapak panco dan pulut kuning berkoncot ini akan diberikan sekali kepada tetamu semasa  majlis merenjis dilakukan.

 

 

 

Panco bunga telor telah siap disediakan dan dipamerkan di kiri dan di kanan pelamin.

 

 

 

 

 

 

 

 

KOLEKSI PELBAGAI GUBAHAN BUNGA PANCO

Akibat perubahan masa dan zaman serta perkembangan teknologi, masyarakat Melayu ingin membuat sesuatu persediaan peralatan adat dengan cepat dan mudah. Pada hari ini kita dapat menyaksikan penyediaan panco tidak lagi menggunakan pulut kuning. Dalam majlis kerapatan adat, masyarakat Adat Perpatih mula menggunakan bekas pasu yang telah disediakan lubang untuk dicucuk bunga telor.  Di pasaran pada hari ini  terdapat bekas untuk mencucuk bunga telor yang diperbuat daripada Plaster of Paris. Penggunaan bekas ini lebih mudah untuk digunakan  namun nilai tradisi dan falsafah membuat panco telah hilang dan tidak difahami lagi oleh masyarakat. Memang mudah menghasilkan panco menggunakan bekas plaster of Paris  ini tetapi falsafah yang tersirat dalam penyediaan panco sebenar telah hilang.         

 

 

Panco Tradisi menggunakan kepok

 

Panco Tradisi menggunakan kepok

 

 

 

 

 

 

 

                 Panco  menggunakan semerit tembaga

                

 

 Panco  tapak berkaki.

Comments

Popular posts from this blog

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TEPAK BERBALUT PENGHULU LUAK TANAH MENGANDUNG

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUJAM

LANGKAH - LANGKAH MENYEDIAKAN SAMPAIAN SILANG GUNTING RUNCING