LANGKAH-LANGKAH DALAM MENYEDIAKAN PANTA BERKUCUNG “IKATAN TINDIH KASIH”

 

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENYEDIAKAN PANTA BERKUCUNG “IKATAN TINDIH KASIH”

 

 

Sediakan peralatan seperti dulang, piring berisi kuih, kain batik, tudung saji dan getah ikatan.

Isikan dulang (jambar) dengan pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih koci, apam,  sopang berebus, lepat dan cucur. Kebiasannya dalam bilangan ganjil, lima atau tujuh jenis bergantung kepada besar dulang yang digunakan

 

 

 

Kain batik lepas dilipat dua dan kemudian diletakkan jambar berisi kuih-muih tradisional atas kain batik.

.

 

 

 

 

Ambil dua penjuru kain dan diketemukan dan diikat dengan getah supaya ikatan tidak terbuka.

 

 

 

 

Penjuru kain yang telah dicantumkan diikat dengan getah.

 

 

 

 

 

Terjadi empat penjuru kain (1), ambil satu penjuru kain dan dilintangkan.

 

 

 

 

 

Kemudian ambil penjuru kain (2) disilangkan atas penjuru kain (1)

 

 

 

Kemudian ambil penjuru kain (3) disilangkan atas penjuru kain (2)

 

 

 

Langkah terakhir, ambil penjuru kain (4) disilangkan dan dimasukkan dalam lubang yang sedia ada. Tarik kemas setiap penjuru kain maka terhasillah ikatan bernama “ Silang Kasih”

 

 

 

Maka terhasilah ikatan Pantar Kuncung  “ silang kasih”

 

 

 

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENYEDIAKAN PANTA BERKUCUNG “KERBAU BERLAGA”

 

Sediakan peralatan seperti dulang, piring berisi kuih, kain batik, tudung saji dan getah ikatan.

Isikan dulang (jambar) dengan pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih koci, apam,  sopang berebus, lepat dan cucur. Kebiasannya dalam bilangan ganjil, lima atau tujuh jenis bergantung kepada besar dulang yang digunakan.

 

 

 

Kain batik lepas dilipat dua dan kemudian diletakkan jambar berisi kuih tradisional di atasnya

 

 

 

 

 

Ambil kedua penjuru kain dan diketemukan dan disimpul sekali secara simpul mati.

 

 

 

 

Kedudukan simpulan yang telah dibuat.

 

 

 

 

 

Kemudian ulang semula membuat  simpulan baki dua bahagian penjuru kain seperti langkah yang pertama. Pastikan simpulan dibuat atas simpulan yang pertama.

 

 

 

Contoh simpulan ikatan kerbau berlaga yang dihasilkan. Jika diperhatikan terdapat dua ekor   kerbau sedang berlaga. Tanduk digambarkan dengan lebihan kain batik tersebut,

 

 

 

KOLEKSI PELBAGAI JENIS IKATAN PANTA KUCUNG

 

Ikatan “ Silang Kasih”

 

 Ikatan  “Pepatung”

 

 

 

Ikatan ‘Kerbau berlaga’

 

 Ikatan “ kelopak Mawar”

Comments

Popular posts from this blog

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TEPAK BERBALUT PENGHULU LUAK TANAH MENGANDUNG

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUJAM

LANGKAH - LANGKAH MENYEDIAKAN SAMPAIAN SILANG GUNTING RUNCING