LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUJAM
LANGKAH-LANGKAH DALAM
PENYEDIAAN BUJAM
|
Sediakan
peralatan yang diperlukan seperti parang, pisau, gunting, pelurut, penyisip,
tempayan, dan jangka. |
|
|
Proses Penyediaan daun ·
Daun yang sesuai dipilih daripada jenis yang
baik, tidak terlalu tua atau muda. ·
Daun mengkuang dipotong pada bahagian
pangkalnya sehelai demi sehelai. ·
Kemudian daun disusun berlapis dan dipotong
pada bahagian pangkal dan hujungnya ·
Duri pada bahagian tulang (mempulur) daun
dibuang menggunakan pisau. |
|
|
Proses Melayur ·
Daun dilayur atas bara api sehingga lembut
dan sehingga daun berwarna kekuning-kuningan supaya lebih tahan lama. ·
Daun yang lembut akan dapat mengelakkanya
daripada patah apabila proses menjangka dilakukan. |
|
|
Proses Menjangka ·
Daun diletakkan atas paha yang telah dialas.
Kemudian alat jangka dicucuk pada daun dan ditarik perlahan-lahan. ·
Daun akan dibelah menjadi helaian yang lebih
kecil dan sama saiz bergantung kepada jarak mata yang terdapat pada jangka. ·
Proses ini juga dapat membuang duri pada
bahagian kiri dan kanan daun. ·
Daun dibiarkan kering selama lebih kurang
satu jam. |
|
|
Proses Melurut ·
Proses melurut dilakukan dengan menggunakan
alat pelurut ·
Melurut berulang kali agar helaian daun
menjadi lembut dan tidak bergulung. |
|
|
Proses Merendam ·
Bilah-bilah helaian daun diikat dan direndam
selama tiga hari tiga malam dalam tempayan yang berisi air biasa. ·
Air ditukar sebanyak dua kali sehari untuk
mengelakkannya daripada berbau masam. ·
Proses dilakukan untuk melunturkan warna
hijau pada daun agar daun mengkuang menjadi lebih putih. |
|
|
Proses Menjemur ·
Daun yang telah luntur warnanya, dibuka
ikatannya kemudian dicuci dan dijemur. |
|
|
Proses Melurut ·
Proses melurut dilakukan semula dengan menggunakan alat
pelurut. Melurut dilakukan secara berulang kali agar helaian daun menjadi
lembut dan tidak bergulung. |
|
|
Proses Menganyam ·
Proses dilakukan dalam lima peringkat dan
memakan masa yang agak lama bergantung kepada kecekapan tukang anyam dan saiz
anyaman. ·
Proses perlu dilakukan dengan kemas dan
teliti bagi menghasilkan anyaman yang menarik serta berkualiti. ·
Lagang atau menaja ialah asas atau ‘tulang”
kepada permulaan proses anyaman yang
menentukan panjang sesuatu anyaman. Kebiasaanya kiraan sebanyak 60 helaian daun digunakan untuk lebar saiz
bujam yang ingin dihasilkan. ·
Tiap-tiap satu bilah mengkuang dibentuk
seperti ‘V’ pada bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula dan diteruskan proses anyaman sehingga mendapat
lebar saiz yang dikehendaki. |
|
|
Selepas lebar anyaman dapat disiapkan
seterusnya proses membuat bucu iaitu untuk membentuk sudut sumpit tersebut.
Kebiasaanya terdapat dua bentuk sudut dikenali dengan nama muncung kucing
atau muncung tirus. |
|
|
·
Anyaman diteruskan mengikut saiz yang
dikehendaki. Kebiasanya saiz bujam tidak melebehi sukatan 22 cm x 25 cm
lebar. |
|
|
Proses Menyisip dan Mengerat Proses menggunakan alat penyisip bagai
meregangkan bahagian anyaman. ·
Lebihan helaian daun dipotong serong bagi
memudahkan disisip ke dalam bahagian anyaman untuk menghidarkan anyaman
tersebut terburai. ·
Lebihan atau saki baki bilah anyaman disisip
menggunakan pisau anyaman supaya nampak kemas dan menarik. ·
Proses yang sama juga dibuat untuk menyediakan
sumpit bahagian dalam bujam dengan saiz yang lebih kecil. |
Gambar sumpit kecil |
|
Proses menyediakan sulaman tekat sebagai pembalut bujam. ·
Sediakan peralatan tekat sulam terdiri
daripada pemidang kayu,coban, benang untuk menekat,irasan atau kain dasar,
kain baldu dan mempulur. ·
Motif flora sangat digemari di samping motif
fauna dan geometri. Tumbuhan menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar,
terutamanya bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga. ·
Proses menekat ini memerlukan kepakaran yang
tinggi dan kehalusan dalam menghasilkan tekat tersebut. |
|
|
Proses Membalut Bujam ·
Kain sulaman bujam setelah siap akan dijahit
untuk membuat hiasan sampul bujam. ·
Kain sulaman akan dipotong kepada dua
bahagian iaitu bahagian depan dan bahagian belakang. ·
Kain sulaman ini akan dijahit mengikut saiz
bujam dan pastikan boleh disarungkan, jangan terlalu sempit. ·
Kemasan kain sulaman dihiasi dengan manik
untuk mencantikkan lagi bujam tersebut. |
|
|
Proses Memasang Rambu-ramba ·
Untuk menjadikan bujam epok perlu dihiasi
dengan rambu-ramba yang diperbuat daripada benang bulu dan dijahit di hujung
bujam. |
|
|
Proses Memasang Tali bertendan ·
Untuk menyediakan bujam bertendan maka akan
dipasangkan tali daripada kain selebar satu inci yang dijahit pada bujam
sebagai pengikat bujam tersebut |
|
|
Bujam yang telah siap dijahit dengan sulam
tekatan akan dipasangkan tali untuk membuat bujam bertendan. Untuk bujam epok
tidak perlu dijahitkan talinya. Peralatan bahan sirih diisikan dalam cembul
dan dimasukkan ke dalam bujam yang telah siap dihias. |
|


















Comments
Post a Comment