Posts

LANGKAH - LANGKAH MENYEDIAKAN SAMPAIAN SILANG GUNTING RUNCING

Image
  LANGKAH - LANGKAH MENYEDIAKAN SAMPAIAN SILANG GUNTING RUNCING   Sediakan peralatan yang diperluan seperti kain batik lepas, pin dan bilah buluh berbentuk tiga segi.       Bentang sehelai kain batik di atas permukaan yang rata.     Lipatkan kain batik lepas mengikut sudut kain. Pastikan sudut kain bertemu supaya kain seimbang kedudukannya.     Kedua bahagian sudut kain telah dilipat seperti bentuk tiga segi,     Lipatkan satu bahagian tepi kain bertemu di bahagian tengah. Pastikan kedudukan kain adalah seimbang atau lurus. Apabila siap lipatan di sebelah kanan buat perkara yang sama pada lipatan   di sebelah kiri.     Apabila kain telah kemas dilipat, ambil bahagian bawah hujung kain dan diketemukan bahagian sudut kiri dan kanan kain dan disematkan dengan pin peniti.     Kain lipatan t

LANGKAH - LANGKAH PENYEDIAAN BOKO PENGANAN

Image
  LANGKAH - LANGKAH PENYEDIAAN BOKO PENGANAN   Sediakan peralatan yang diperluan seperti daun mengkuang, pinggan, kain untuk membalut dan penganan atau wajik   Daun mengkuang, dilayur untuk memudahkan proses membentuk.     Bahagian tepi duri mengkuang dibuang     Daun mengkuang ini digulung dan dibentuk bulat. Bahagian hujung daun mengkuang dicantum menggunakan lidi.     Bentuk mengkuang yang dibentuk bulat dikenali dengan panggilan “lokar”. Lokar   diletakkan di dalam piring makan dan dilapikkan dengan daun pisang.       Peganan yang masih panas dituangkan kedalam lokar tersebut. Lebihan daun pisang digunting supaya boko kelihatan kemas.     Setelah penganan tersebut sejuk, boleh dibungkus dengan sehelai kain yang diikat secara berkucung.     Boko telah siap dise

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUNGA TELOR

Image
  LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN BUNGA TELOR.   Sediakan peralatan yang diperlukan untuk membuat bunga telor seperti kertas bunga mengikut pilihan warna, telor yang telah siap direbus, gam, gunting, pelilit bunga, lidi, dawai dan benang.     Pelbagai teknik menghasilkan bunga telor boleh dibuat. Antara teknik tradisi membuat bunga telor yang sering digunakan ialah bunga pintalan, bunga ros berkelopak, anggerik, dan bunga dahlia.       Setelah kelopak bunga telor siap dibentuk, perlu disediakan tampuk terung untuk dilekatkan telor pada penghujung tampuk tersebut.         Bunga dan kelopak tampuk terung dan beberapa helai daun diletakkan pada sebilah lidi buluh. Setelah itu cantuman bunga ini perlu diperkemaskan dengan kertas pelilit berwarna hijau. Telor ayam yang telah direbus dilekatkan pada tampuk terung tadi. Bunga telor telah siap untuk dipacakkan pada